
Penubuhan pusat-pusat kecemerlangan di kolej-kolej matrikulasi adalah antara perancangan strategik Bahagian Matrikulasi ke arah Penjenamaan Program Matrikulasi . Kolej Matrikulasi Melaka dan Kolej Matrikulasi Perlis telah dipilih sebagai pusat–pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan kolej matrikulasi pada Mesyuarat Penyediaan Takwim 2007 Program Matrikulasi pada 13 Disember 2006 di Hotel The Legacy, Melaka.
Penubuhan pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan ini tepat pada masanya, selari dengan hasrat Kementerian Pelajaran untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dan memartabatkan profesion keguruan seperti yang digariskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan.